Hui Ling Chang - Translation Team
Pada tahun 1994, saya telah menjalani chemio- dan radioterapi.
Rawatan ini menyebabkan saya steril. Ketika rawatan chemioterapi berakhir,
doktor telah memberitahu saya bahawa saya tidak akan berpeluang untuk menjadi
seorang ayah, saya berasa kehilangan.
Akhirnya saya sedar, bahawa hidup perlu diteruskan dan berharap kesakitan kerana
hajat yang tidak kesampaian ini akan berkurangan secara pelahan.
Secara kebetulan, pada Februari 2007, saya telah host seorang gadis Lithuanian
yang merupakan seorang pelajar ERASMUS Trento di rumah saya. Dia datang ke Milan
selama seminggu. Semasa kami berbual diantara “risatto” dan segelas wain mearah,
dia bertanya: “ Adakah anda tahu tentang
CouchSurfing?” “Tidak, apa itu?” saya
bertanya. Kemudian dia memberitahu saya tentang komuniti online ini, dan
menjelaskan kepada saya bagaimana ia berfungsi. Pada hari yang sama saya telah
mendaftarkan diri dan mewujubkan profil saya.
Sejak Febuari 2007, hidup saya berubah secara radikal. I saya mula host tetamu
di rumah saya. Pengembara yang saya tahu hanya serba sedikit mengenai diri
mereka melalui profil dan rujukan didalam profil mereka. Saya amat menyukainya
dan hanya dalam masa 18 bulan, saya telah host lebih kurang 250 orang dari 44
negara yang berlainan.
Pada Oktober 2007, saya telah host tetamu saya yang ke 100 dan saya mempunyai
satu idea. 2 euro setiap orang dan jumlahnya adalah 200 euro! Jumlah ini
bukanlah jumlah yang besar, dan ia adalah bertentangan dengan peraturan
CouchSurfing ( adalah diharamkan untuk meminta wang jika anda memutuskan untuk
host seseorang). Namun, saya boleh cuba bertanya adakah mereka ingin derma
secara sukarela untuk project ini dan menawarkan 2 euro, hanya lebih kurang sama
dengan wang yang diperlukan untuk membeli setin bir ataupun cola.
Selain itu, saya tidak berniat menggunakan wang tersebut untuk diri sendiri,
saya bercadang untuk menawarkan wang tersebut kepada beberapa organisasi yang
memiliki projek anak angkat jarak jauh. Dengan cara ini, saya dapat melupakan
hajat saya yang tidak kesampaian untuk menjadi seorang ayah.
2 euro adalah jumlah yang kecil bagi setiap pengembara... tetapi 200 euro
membolehkan kita menjadikan seorang kanak sebagai anak angkat. Anda boleh
memberikan penjagaan dari segi kesihatan, makanan, pendidikan dan mungkin
kehidupan yang jauh lebih baik.
Projek ini bermula dengan cara.....
Sesiapa yang menawarkan minimum 2 euro akan menerima satu pin dengan logo projek,
satu resit pembayaran dan akan dipamerkan di laman web ini dengan foto.
Pada akhir setiap tahun, jumlah yang dikumpulkan akan dikirim kepada satu atau
lebih organisasi ( mengikut jumlah yang terkumpul) yang memiliki projek anak
angkat jarak jauh.
maurizio mangano